Hai hampa semua puasa tak? Aku puasa, kalau tak puasa bulan ramadan ni kan berdosa. Kalau nak masuk syurga kena puasa di bulan ramadan, kalau tak puasa allah marah tau. dan juga sembahyang fardu. selamat menyambut bulan ramadan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Friday, September 19, 2008
Tuesday, August 19, 2008
Dua tempat
Hai pada tarikh 14/8/2008 saya pergi kelantan, kan saya pergi kelantan 14/8/2008 saya sampai ke kelantan pada 15/8/2008 subuh ,dan daripada tarikh 15/8/2008 saya duduk di kota bharu hingga ke 17/8/2008, dan pada petang tu jugak kami pindah ke tok bali dan malam kedua kami makan di Terrengganu tapi kami tidur di kelantan dan pada 20/8/2008 baruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu kami nak balik tau.
yaahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Posted by ibrahim at 4:20 AM 1 comments
Saturday, June 7, 2008
Tengok-tengok lambat sehari.
Assalamualaikum. Saya tersilap tentang cuti di madrasah. Saya fikir cuti tamat pada hari Sabtu. Rupa-rupanya saya perlu lapor diri di madrasah pada petang Ahad. Saya pun berasa seronok kerana boleh rehat sehari lagi.
Posted by ibrahim at 9:29 PM 1 comments
Friday, June 6, 2008
Pergi kali pertama tiket habis, pergi kali kedua dapat tiket.
Kampung nenek kami di Bukit Badung, Kuala Selangor; berdekatan dengan Kuala Lumpur.
Pada hari Rabu, 4/6/2008 saya pergi Petrosains. Bila sahaja sampai, kami dapati tiket hari itu sudah habis dijual. Kami tidak berpuas hati. Keesokan harinya, 5/6/2008 kami pergi semula. ALHAMDULILLAH kali ini kami berjaya mendapatkan tiket. Kalau tidak, kami kempunan lagilah!
Pada hari Jumaat, 6/6/2008 kami pergi pula ke Time Square. Kami terjumpa Cosmo's World. Tapi kami tidak boleh masuk sebab sudah lewat; kami perlu balik ke Kedah. Cuti sekolah sudah hampir tamat. Hari Sabtu, 7/6/2008 saya perlu kembali ke madrasah.
Posted by ibrahim at 6:09 AM 0 comments
Monday, June 2, 2008
Balik Kampung
ASSALAMUALAIKUM, saya nak balik ke kampung. Setiap kali hendak balik ke kampung nenek, saya berasa sungguh seronok. Saya akan balik kampung bersama abah, Abang Isa dan Dik Nuh. Umi, Abang Mat dan Kak Iman tidak dapat ikut bersama kami.
Posted by ibrahim at 7:25 AM 0 comments
Friday, May 30, 2008
Cuti Lambat
Hai saya cuti lambat daripada sekolah lain.
Saya mula bercuti pada 30.5.2008 tapi datang sekolah semula sama seperti sekolah lain. Saya berasa seronok bila hendak cuti kerana madrasah saya jamu dengan makanan yang sedap-sedap. Setiap hari kami hanya makan nasi lauk ikan. Kadang kadang sahaja kami dapat makan lauk ayam, daging atau kambing. Sebab itu bila nak cuti, saya rasa seronok dapat makan ais krim, soto dan macam-macam lagilah.
Sekarang saya berada di rumah.
Posted by ibrahim at 9:20 PM 0 comments