Assalamualaikum. Saya tersilap tentang cuti di madrasah. Saya fikir cuti tamat pada hari Sabtu. Rupa-rupanya saya perlu lapor diri di madrasah pada petang Ahad. Saya pun berasa seronok kerana boleh rehat sehari lagi.
Saturday, June 7, 2008
Friday, June 6, 2008
Pergi kali pertama tiket habis, pergi kali kedua dapat tiket.
Kampung nenek kami di Bukit Badung, Kuala Selangor; berdekatan dengan Kuala Lumpur.
Pada hari Rabu, 4/6/2008 saya pergi Petrosains. Bila sahaja sampai, kami dapati tiket hari itu sudah habis dijual. Kami tidak berpuas hati. Keesokan harinya, 5/6/2008 kami pergi semula. ALHAMDULILLAH kali ini kami berjaya mendapatkan tiket. Kalau tidak, kami kempunan lagilah!
Pada hari Jumaat, 6/6/2008 kami pergi pula ke Time Square. Kami terjumpa Cosmo's World. Tapi kami tidak boleh masuk sebab sudah lewat; kami perlu balik ke Kedah. Cuti sekolah sudah hampir tamat. Hari Sabtu, 7/6/2008 saya perlu kembali ke madrasah.
Posted by ibrahim at 6:09 AM 0 comments
Monday, June 2, 2008
Balik Kampung
ASSALAMUALAIKUM, saya nak balik ke kampung. Setiap kali hendak balik ke kampung nenek, saya berasa sungguh seronok. Saya akan balik kampung bersama abah, Abang Isa dan Dik Nuh. Umi, Abang Mat dan Kak Iman tidak dapat ikut bersama kami.
Posted by ibrahim at 7:25 AM 0 comments